Tak Menang Tangan

SalamX…!!

Rasanya untuk tahun 2009 nie nampak gaya aku kurangkan sikit aktiviti online aku nie. Banyak pulak keje nak kena uruskan. Dah bertimbun-timbun keje nie. Inipun dah dekat 4 hari tak online kat YM… banyak je Mesej Offline timbul hehe…!!

Sori le kekawan… tak dapat nak elak dah kali nie. Tambahan pulak kertas kerjapun banyak nak disiapkan dah rasa macam keje kerani pulak main-main dengan kertas kerje nie… padahal aku guru je… sepatutnya sibuk ngajar tapi kena sibuk buat mende-mende lain… isk..!!

Yang paling pening tesis aku le… nak ngadap benda alah tu nak siapkan jugak sebelum bulan 3 nie… waduh… tension…!! Jadi, kalau aku ader kat YM tu bermakna aku boring sangat dah le tu dengan keje. Erm… yang paling sedih sekali tahun nie, aku terpaksa abaikan dulu niat aku nak kejar tingkatkan earning adsense… isk sikk iskkk… syahdu la pulak rasa… WaWaaAaaaAawa….

Ok.. tu je setakat nie.. :-?

Adsense: 2 Cek Terakhir 2008

SalamX..!!

Emm.. rasanya ini 2 keping cek google terakhir untuk tahun 2008. Aku dapat serentak masa balik kampung raya tempohari. Kira ok le tu… :-D

Kalau nak tengok jumlah dapatan, kau org klik je gambar tu untuk besarkan. Rasanya dekat-dekat seribu lebih gak kalau tukar ke duit Malaysia nie…. Kepada yang baru jinak-jinak adsense tu, harap jangan mare yek… bukan banyak mana pun tu, ada yang ribu ribu USD pun ader. Setakat yang aku dapat tu umpama terselit celah gigi je….

Tahun depan kita mula lain hehe….!! :-)

Azam 2008: Rasanya Tertunai…..

SalamX..!!

Tahun lepas, jarak bulan dan tarikh yang hampir sama aku penah berazam ‘Azam 2008: Aku Terima Cabaran !!‘. Nampaknya aku dah tunaikan azam aku tu… Kau org baca lah sendiri azam tahun lepas.

Cerah masa depan nampaknya, dari takde akaun Maybank… hari nie dah tertulis Current balance: RM12,034.78‘ . Bermakna seribu sebulan le masuk yek tak hehe…!!

Untuk azam tahun depan, nampaknya takleh pikir lagi sebab banyak sangat benda-benda yang aku tak pasti. Memacam hal gak nak settlekan untuk tahun depan. Jadi… tunggu je la kita tengok sama-sama apa lak ceritanya.

Nampaknya Bonus MyModepun makin best dah sekarang nie heee…..!! :-D

Google Adsense: Keuntungan Di Luar Batasan

Aku percaya ramai antara pembaca yang mengetahui apakah Google Adsense. Bagi mereka yang kurang pasti, Google Adsense adalah ad serving program yang dikendalikan oleh Google. Konsepnya sungguh mudah, anda letakkan Adsense di laman web anda dan apabila seseorang klik pada iklan tersebut, anda akan dibayar dengan jumlah tertentu (keuntungan berbeza-beza di mana hanya Google sahaja yang mengetahui berapakah nilai iklan tersebut).

Terdapat beberapa jenis ads oleh Adsense seperti Text Ads, Image Ads, Video Ads, Link Units, Themed Units di mana Text Ads adalah yang paling popular kerana dikatakan memberi pulang yang lebih tinggi berbanding Ads yang lain. Iklan yang dipaparkan di laman web anda adalah bersifat relevancy di mana sistem Google akan cuba memadankan (matching) antara kandungan (content) laman web anda dengan jenis iklan terdapat di Adsense.

(Baca selanjutnya…)

Bukan Rehat Tapi Tak Sempat…

SalamX..!!

Terdahulu… aku ingin mintak maaf kat kau orang semua yang sudi bertandang dalam diari nie. Pagi nie aku ambil kesempatan untuk taip juga sepatah dua untuk memberitahu pada semua tetamu bahawa penulisan diari agak tersekat sikit sejak kebelakangan nie… bukan apa… al-maklumlah kekangan masa.

Bahan + Modal = Memang banyak, tapi terpaksa uruskan yang URGENT dulu baru boleh fikir yang MUSTAHAK.

Harap-harap paham la no…. hehe…!! :-)

Ingatan Tulus Ikhlas Aidil Fitri

Finance Yahoo RM vs $USD

SalamX..!!

Selalunya kita keliru berapa sepatutnya Google akan bayar pada kita jika kita dah klik dekat “Tax Information” tanda suruh Google kirim cek. Jadi kat bawah nie sekeping grafik ‘real time‘ aku tampal supaya takde le kita sesusah pikir lagi berapa saguhati yang patut kita dapat nanti…

Aku dengar nasihat pakar dia akan turun setelah 2 bulan mencanak kat atas…. Jadi grafik nie mungkin berguna sebagai panduan kita nanti….

InsyaAllah..!! :-)

Tag Ramadhan

SalamX..!!

Ke hulu… ke hilir aku dalam bulan ramadhan nie mencari sumber ilham dan sesaje melawat blog kekawan kenalan. Singgah je sebuah
blog yg bertemakan”This Is My StorY, My Life, My Carrer and It’s About Me“… baru aku perasan aku kena Tag di bulan Ramadhan nie hehe…!!

Pemberi Tag: Zaag2010.oRg

Bagaimana caranya:

1. Copy gambar di atas lalu posting di blog anda.
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka.
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag.

Senarai Tag seterusnya… Ahakk… Saper saper… jom kita jelajah sini:

1) Amranaris67
2) Chipmunks
3) Eizil
4) Naza Bengang
5) Sumpitt Sauber

Ok… Selamat Menjalani Ibadah Puasa…!!

Jom….!!